Belum habis orang ramai bercerita
mengenai kemenangan tiba-tiba lagu Penakut ciptaan dan dendangan Yuna
pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 yang dijulang sebagai Lagu
Terbaik, timbul pula ketidakpuasan hati sesetengah pihak apabila nama
Jurey Latiff Rosli diangkat sebagai Pengarah Harapan Terbaik pada
Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang baru berlalu.
Kononnya,
mereka mempertikaikan bagaimana pula Jurey yang juga Presiden GAFIM,
boleh bertanding dalam anugerah yang mereka anjurkan sendiri? Sedangkan,
kalau kuiz sekalipun, syarikat penganjur, kakitangan dan keluarga
mereka pun tak boleh ikut serta sekali. Inikan pula acara besar seperti
FFM. Entahlah, Cik Normah pun sudah jadi pening mengikuti cerita dalam
industri seni kita ini. Tidak habis cerita Jurey, tiba-tiba telinga Cik
Normah dihembuskan dengan khabar yang mengatakan, kontroversi membabit
lagu Yuna itu belum berakhir. Trofi dimenangi penyanyi bertudung pada
AIM lalu itu khabarnya akan ditarik balik. Trofi berkenaan, dengar
ceritanya, akan diserahkan kepada pencipta serta penyanyi lagu Sedetik
Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.
Khabar
itu juga ada menyatakan, kononnya ada kesilapan pada perkiraan sehingga
lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia
tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang ditandingi. Selalunya,
Lagu Terbaik akan dipilih daripada pemenang kategori Lagu Pop, Rock,
Nasyid mahupun Etnik Terbaik.
Jika
diikutkan, Lagu Terbaik AIM18 sepatutnya menjadi rebutan antara Sedetik
Lebih yang memenangi Lagu Pop Terbaik, Pelita (Rock), Pedoman (Nasyid)
dan Joget Tak Senang Hati (Etnik).
Apatah
lagi lagu Penakut sebenarnya sudah pun tewas kepada Sedetik Lebih dalam
kategori Pop, yang turut ditandingi Beribu Sesalan nyanyian Ning
Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah, Sungai Lui (Aizat) dan
Dengarkanlah (Datuk Sheila Majid).
Cik
Normah pun terfikir juga, apakah anugerah itu tidak diserahkan kepada
pencipta dan penyanyi Sedetik Lebih pada malam berkenaan kerana ada
pihak yang enggan mencetuskan kontroversi, seperti yang berlaku kepada
Jurey? Maklumlah, pencipta lagu itu ialah Edry, adik kepada Norman.
Sedangkan, Norman ialah Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia
(RIM), pihak yang bertanggungjawab dalam penganjuran AIM18.
Mungkin
juga niat murni terbabit akhirnya memakan diri sendiri, apabila topik
kemenangan lagu Penakut semakin hangat diperkatakan peminat, terutama di
internet?
Tidak mengapalah, mungkin
sehari dua ini, akan ada kenyataan rasmi yang bakal dikeluarkan pihak
penganjur. Kita sama-sama tunggu dan lihat nanti. Bagi Cik Normah, ia
pengajaran terbaik buat semua pihak supaya jika ada kesilapan di
mana-mana pun, perkara sama tidak berulang pada masa depan. Dalam hal
ini, Yuna yang sememangnya nampak terkejut ketika diumumkan pemenang
pada malam itu memang tidak bersalah apa-apa pun. Dia sebenarnya mangsa
kepada keadaan, jika betul trofinya itu akan ditarik balik.
p/s
: Manusia takkan pernah senang duduk bila tengok orang lain senang.
Kesian juga kat Yuna. Kalaulah ada kesilapan macam dalam anugerah AIM18
yang terbesar ni, nampaknya next time orang dah pandang serong anugerah
macam ni.
p.p.s: Berita terkini: Yuna akan mengadakan sidang akhbar esok...Tunggu!!!
p.p.s: Berita terkini: Yuna akan mengadakan sidang akhbar esok...Tunggu!!!
1 Komen:
HIKEMEN https://hikemen.com.ua/
Post a Comment